Geng ‘Keliling api’, 14 ditahan langgar SOP

Geng ‘Keliling api’, 14 ditahan langgar SOP. Polis menahan 14 individu bagi membantu siasatan pelanggaran SOP selepas berhimpun dalam upacara kematian di Pulau Pinang Jumaat lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bayan Lepas apabila ahli keluarga si mati mengelilingi api secara beramai-ramai di jalan raya di Pintasan Kelicap, kira-kira 8 malam.

Difahamkan, ia dilakukan dengan membakar replika rumah dan barangan mengikut adat masyarakat Cina.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, seramai 24 individu didapati melanggar SOP kerana menyertai upacara itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini 14 individu ditahan pada Sabtu lalu membabitkan enam lelaki dan lapan wanita berusia antara 25 hingga 40 tahun.

“Kita sudah mengemukakan kertas siasatan kepada pendakwa raya dan kini sedang menunggu arahan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Sebelum ini dilaporkan, satu video berdurasi 44 saat di aplikasi TikTok menjadi tular di media sosial yang menunjukkan sekumpulan individu termasuk kanak-kanak mengelilingi api di jalan raya.

Geng ‘Keliling api’, 14 ditahan langgar SOP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Video upacara sembahyang di Bayan Lepas tular [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker