Takut Isteri Jadi Pocong, Suami Minta Kubur Digali Semula

Takut Isteri Jadi Pocong, Suami Minta Kubur Digali Semula

JAKARTA – Kubur seorang wanita berusia 54 tahun terpaksa digali semula selepas keluarganya lupa melepaskan ikatan kepala mayat ketika mengebumikannya pada minggu lepas, lapor DetikNews, baru-baru ini.

Permintaan menggali semula kubur itu dibuat oleh suami mendiang sendiri yang mendakwa dirinya sering didatangi isterinya di dalam mimpi yang meminta ikatan kepala dileraikan.

Menurut siasatan, WN ialah penjual makanan di Bogor, Jawa Barat dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Hubungan Masyarakat Desa Bulusan, Kecamatan Karangdowo, Heri Purwoko mengesahkan kejadian itu dan memberitahu ketika proses pengebumian terdahulu, anggota pengebumian tidak membuka keranda yang tiba dari hospital.

“Ya, benar. Memang ada kubur salah seorang penduduk di sini digali semula kerana ikatan pocong atau ikatan di kepala lupa dileraikan.

“Namun proses ini tidak melibatkan petugas kesihatan kerana mangsa meninggal akibat serangan jantung dan bukan Covid-19,” kata Heri.

Tambah Heri, proses tersebut berjalan lancar dan mayat kembali dikebumikan sebaik sahaja ikatan kepala dileraikan. – Agensi

Takut Isteri Jadi Pocong, Suami Minta Kubur Digali Semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker