Petugas jenazah jawab Lana Nodin

Petugas jenazah jawab Lana Nodin. Tidak ada keperluan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sekiranya tidak akan menyentuh jenazah pesakit Covid-19”.

Itu penjelasan yang dikongsikan oleh seorang petugas pengurusan jenazah Covid-19 dikenali sebagai Mat Yoe di laman Facebooknya berhubung tular video seorang lelaki memasuki kontena jenazah Covid-19 tanpa memakai PPE.

Mat Yoe berkata, sepatutnya lelaki tersebut perlu memakai apron seperti petugas lain yang dirakam di dalam video berkenaan kerana individu itu keluar masuk dari kontena mengandungi mayat pesakit Covid-19.



“Di dalam video itu yang memakai baju biru ramai-ramai, itu juga bukan PPE penuh. Baju biru adalah baju hospital, mereka cuma pakai apron, pelitup muka dan penutup kepala. Separa sahaja.

“PPE penuh ini bermaksud pakaian lengkap dari kepala sampai ke kasut. Serba-serbi dua lapis,penutup kepala, penutup muka dan hidung, pelindung muka, ‘jumpsuit’, sarung tangan dua lapis, pelindung kaki dan apron. Itu baru PPE penuh,” katanya.

Katanya, risiko jangkitan adalah rendah kerana jenazah pesakit Covid-19 telah dibalut dengan plastik sebelum dimasukkan ke dalam beg mayat.

“Akan tetapi mendedahkan diri kepada risiko jangkitan adalah salah di sisi undang-undang. Sebab itu semua anggota diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” jelasnya.



Dalam pada itu, Mat Yoe turut meluahkan kekesalan terhadap dakwaan yang mengatakan wabak Covid-19 adalah rekaan semata-mata.

“Baca komen, ada yang kata Covid-19 tipu-tipu. Rekaan kata mereka. Hari ini 17,000 kes. Aku malas nak doa buruk-buruk, cuma nanti kalau keluarga kena Covid-19, kau rasalah,” katanya.

Semalam, video tersebut tular di laman sosial dan menjadi bualan ramai selepas pelakon Lana Nodin mempersoalkan video tersebut selain dengan lantang mengktirik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Petugas jenazah jawab Lana Nodin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker