Heboh video lucah mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan

Heboh video lucah mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan.  Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video lucah yang membabitkan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.



Tinjauan di media sosial mendapati ada sebahagian turut memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.

Ada juga mengaitkan ramai menjadi mangsa seksual individu yang dikaitkan perlu berani tampil membuat laporan sambil memberi beberapa nombor untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.- MalaysiaGazette

Heboh video lucah mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pembatalan Ordinan Darurat mencurigakan – Asyraf



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker