Pembangkang perlu ‘belajar’ hormati majlis

Sebaran :

Pembangkang perlu ‘belajar’ hormati majlis

Wakil rakyat pembangkang, terutama daripada DAP, perlu ‘belajar’ menghormati majlis dan tidak bersikap kurang sopan terhadap pemimpin negara, kata Pengerusi Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Shabudin Yahaya.

Beliau mendakwa beberapa wakil rakyat DAP mengganggu dan menjerit ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca Al-Fatihah untuk semua mangsa Covid-19, pada sidang khas Parlimen, semalam.

Shabudin menyifatkan tindakan itu sebagai menunjukkan sikap sebenar ahli Parlimen pembangkang terbabit yang didakwa terus menjerit tanpa menghiraukan Perdana Menteri.

“Mereka langsung tidak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan (Dewan Rakyat) bertafakur serta membaca Al-Fatihah untuk mangsa Covid-19.

“Inilah perangai sebenar pemimpin DAP terbabit yang tidak tahu nak menghormati majlis,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Shabudin berkata, Muhyiddin menyampaikan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa Covid-19 ketika memulakan ucapannya pada sidang khas Parlimen, sebelum berlaku kekecohan itu.

“Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP terbabit dan menggesa mereka memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia.

“Tindakan mereka itu amat keterlaluan dan memalukan, serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,” katanya. – Bernama

Pembangkang perlu ‘belajar’ hormati majlis

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lebih 2,200 kompaun sejak 21 Julai, sah ke?


Sebaran :

Leave a Reply