PN Gunakan Parlimen Untuk Memenuhi Kepentingan Mereka

PN Gunakan Parlimen Untuk Memenuhi Kepentingan Mereka – Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan semalam adalah tidak berpelembagaan.

Katanya ini kerana pembentangan Ordinan berkaitan Darurat ini telah dijadualkan untuk dibentangkan dalam persidang Parlimen Khas namun secara tiba-tiba ia telah dibatalkan.

Menteri Beri ‘Lesen’ Kepada Kilang Panas Telinga, Salahkan Orang Lain Tak Beri Sebarang Kesan – Ahmad Zahid
“Semua dilakukan tanpa ketelusan. Tiada pengumuman rasmi, tiada pembentangan di Parlimen, tiada makluman dari Istana Negara dan penwartaan.

“Parlimen bukan medan persendaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan Parlimen hanya untuk memenuhi kepentingan mereka dan bukan kepentingan nasional.

“Ordinan Darurat dilaksanakan tanpa dibentangkan di Parlimen, tidak didebatkan dan pelaksanaannya tidak dapat disemak dan imbang oleh Parlimen. Pembatalannya juga hanya dimaklumkan di Parlimen. Sejak bila Parlimen hanya menjadi rubber stamp kepada keputusan Kabinet?” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Menurut Mohamad, UMNO telah melakukan tugasnya senafas dengan desakan rakyat malah turut menentang peristiharan darurat, mendesak pembatalannya, mengembalikan persidangan Parlimen dan mengembalikan fungsi Perlembagaan.

Jelas beliau pendirian UMNO yang konsisten ini telah meletakkan kerajaan PN dalam kedudukannya yang terdesak dan sangat rapuh.

“Pembatalan Ordinan Darurat membuktikan kebenaran pendirian UMNO bahawa darurat dari awal lagi adalah salah dan tidak perlu.

“UMNO ternyata betul bahawa menggantung Parlimen dan melumpuhkan Perlembagaan bukan caranya untuk menguruskan krisis. Natijahnya Parlimen mula bersidang.

“Pendirian UMNO juga benar bahawa menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan negara memerlukan penglibatan semua dan bukan hanya tindakan eksekutif. Semua ini meyakinkan UMNO bahawa ia telah jadi suara pencerahan kepada Malaysia yang sedang gelap dan malap,” ujar beliau. BN Online

PN Gunakan Parlimen Untuk Memenuhi Kepentingan Mereka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker