Olimpik Tokyo: Beregu lelaki negara sah ke suku akhir

 

Olimpik Tokyo: Beregu lelaki negara sah ke suku akhir. BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan tempat di pentas suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pasangan Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura sebentar tadi.

Pada aksi terakhir Kumpulan D yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza, beregu No.9 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menang 21-15, 21-13 biarpun berdepan tentangan sengit.

Justeru, Aaron-Wooi Yik terus menggalas misi bagi memastikan kontinjen Malaysia membawa pulang kilauan pingat emas pertama negara pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Kemenangan itu menyaksikan beregu negara menamatkan saingan Kumpulan D sebagai naib juara di belakang gandingan No.2 dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Olimpik Tokyo: Beregu lelaki negara sah ke suku akhir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker