Heboh video lucah mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan
Heboh video lucah mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video lucah yang membabitkan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Sebelum itu, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.
Tinjauan di media sosial mendapati ada sebahagian turut memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.
Ada juga mengaitkan ramai menjadi mangsa seksual individu yang dikaitkan perlu berani tampil membuat laporan sambil memberi beberapa nombor untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.- MalaysiaGazette
Heboh video lucah mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan
Baca Artikel Menarik :
- PN hilang kuasa bila batal ordinan darurat
- Doktor kontrak bukan masalah ketika pentadbiran saya, Najib
- Mencelah bukan cara saya, tunggu Rabu ini- Najib
- Netizen Dakwa PA Ebit Lew Seorang Pedofil?
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul
- Che Ta kutuk baju kontinjen Olimpik Malaysia
Pembatalan Ordinan Darurat mencurigakan – Asyraf