Artis lelaki 80-an disyaki lakukan amang seksual ditahan

Sebaran :

Artis lelaki 80-an disyaki lakukan amang seksual ditahan.  Seorang artis lelaki yang popular sekitar tahun 80-an ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, lelaki berusia 65 tahun itu ditahan selepas laporan dibuat mangsa yang berumur 14 tahun kira-kira jam 3 petang.

“Siasatan awal berdasarkan laporan mangsa mendapati kejadian pertama berlaku pada Ogos 2020 di rumah rakan ibu mangsa di Kondominium Puchong Prima di Puchong melibatkan seorang suspek yang dikenali sebagai Atok.

“Dua lagi kejadian berlaku pada bulan Oktober dan November 2020 di rumah suspek sendiri di Taman Perumahan Puchong Prima di Puchong,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, kejadian sama sekali lagi berlaku pada Januari lalu, bagaimanapun mangsa hanya mendiamkan diri kerana takut.

“Mangsa yang masih dalam belajar di Tingkatan Dua kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Berikutan laporan tersebut, suspek telah ditahan di pekarangan Balai Polis USJ 8, Subang Jaya kira-kira jam 11 malam Rabu,” kata beliau.

Tambah beliau, suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana menghidap penyakit jantung.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” jelasnya.

Artis lelaki 80-an disyaki lakukan amang seksual ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Demi Ummah, salinglah memaafkan dan berlapanglah dada

 


Sebaran :

Leave a Reply