Peng Soon-Liu Ying ‘bungkus’ di Olimpik Tokyo

Sebaran :

Peng Soon-Liu Ying ‘bungkus’ di Olimpik Tokyo. BURUAN pingat daripada acara beregu campuran pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir apabila beregu campuran negara, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying tewas 12-21, 21- kepada pasangan ranking ke-19 dari Jerman, Lamsfuss Mark-Herttrich Isabel dalam tempoh 41 minit pada aksi kedua peringkat Kumpulan D di Plaza Sukan Mushashino, pada Ahad.

Peng Soon – Liu Ying yang memenangi pingat perak pada Olimpik Rio 2016 lalu, dilihat banyak melakukan kesilapan terutamanya pada set pertama hingga ketinggalan agak jauh dari segi kiraan mata kepada pasangan Jerman berkenaan sebelum tewas 12-21 dalam tempoh 18 minit.

Bagaimanapun, Peng Soon – Liu Ying yang juga pasangan ranking ke tujuh dunia itu dilihat mula mempamerkan kebangkitan pada set kedua untuk cuba mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, beberapa kesilapan yang kerap dilakukan Peng Soon – Liu Ying, berjaya dimanfaatkan pasangan Jerman berkenaan untuk menang 21-15 dalam tempoh 21 minit.

Ia merupakan kekalahan kedua Peng Soon – Liu Ying selepas tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21 minit pada aksi sulung Kumpulan D pada Sabtu.

Justeru, aksi berdepan pasangan nombor tiga dunia dari China Wang Yi Lu dan Huang Dong Ping pada Isnin bakal menjadi perlawanan pelengkap jadual bagi pasangan negara berkenaan.

Peng Soon-Liu Ying ‘bungkus’ di Olimpik Tokyo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azizulhasni dedah ‘senjata’ RM13 juta hadapi Olympik Tokyo

 


Sebaran :

Leave a Reply