Anjang Aki kembali ke Rahmatullah

Anjang Aki kembali ke Rahmatullah

Perginya Anjang Aki

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar, 85, meninggal dunia akibat sesak nafas di kediamannya di Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang, hari ini.



Berita pemergiannya pelakon yang dikenali dengan watak Anjang Aki itu disahkan isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar.

Nazariah, 66, berkata, suaminya meninggal dunia bukan disebabkan Covid-19, tetapi Allahyarham menghidap penyakit pembuluh darah bengkak.

“Arwah baru selesai makan dan kemudiannya masuk ke bilik untuk berehat. Saya pula ke dapur, namun saya mendapati arwah sesak nafas sebaik meninjau keadaannya dalam bilik.

“Selepas itu, arwah langsung tidak sedarkan diri. Saya dan dua anak berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada BH Online.



Allahyarham Baharuddin meninggalkan tujuh cahaya mata dan dua anak tiri. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. HM

Baharuddin sememangnya berdarah seni. Beliau mewarisi bakat bapanya, seorang pelakon, walaupun mengalas tugas sebagai guru. Mula berkecimpung dalam pementasan teater sejak awal 50-an lagi, beliau pernah terlibat dengan persembahan bersama Persatuan Peseni Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, dari kota London, pada tahun 1955 biarpun pada masa itu, pentas teater dimonopoli penggiat teater Inggeris dan peluang untuk penggiat Melayu untuk berkarya adalah amat tipis. Beliau merupakan pelakon teater membina nama bersama-sama Rahim Razali, Ismail Hutson dan Rokiah Shafie.

Anjang Aki kembali ke Rahmatullah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker