3 ditahan disyaki sertai konvoi Bendera Hitam

3 ditahan disyaki sertai konvoi ‘Bendera Hitam’, kata penganjur

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berkata, tiga individu dipercayai ditahan polis kerana menyertai konvoi kenderaan “Bendera Hitam” di seluruh negara hari ini sebagai membantah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kumpulan itu yang juga penganjur konvoi terbabit berkata, bantuan guaman akan segera disediakan kepada tiga individu yang ditahan di Temerloh, Pahang.

Mereka yang menjangkakan lebih 100 kenderaan berkonvoi di seluruh negara bermula 11 pagi hingga 5 petang tadi, turut mendakwa lima konvoi di negeri lain diganggu polis.

“Bilangan kenderaan yang berkonvoi lebih besar sekiranya tiada intimidasi daripada polis di beberapa kawasan. Konvoi telah diganggu polis di Cyberjaya, Manjung, Melaka, Quayside Mall di Kuala Langat dan Kuching,” katanya dalam kenyataan.

SSR mengecam intimidasi polis yang menghalang kebebasan bersuara rakyat, walaupun konvoi itu mematuhi SOP, seperti berada di dalam kenderaan, tidak berhimpun dan menaiki kenderaan dengan bilangan orang ditetapkan.

“Ada peserta yang dihalang dan tidak dibenarkan meneruskan konvoi oleh pihak berkuasa.

“Ada juga peserta yang diberhentikan dan maklumat seperti nombor kad pengenalan dan maklumat kenderaan diambil.”

Katanya, polis tidak mempunyai alasan kukuh menghentikan kereta yang mengibarkan bendera hitam, melainkan ianya satu tekanan terhadap kebebasan rakyat untuk bersuara dan berekspresi.

“Polis wajar menghalang sesiapa yang mengibarkan bendera hitam di kereta, sekiranya mereka tidak patuh akan jarak perjalanan iaitu radius 10km dari kawasan kediaman masing-masing.”

Ia menyeru rakyat bersiap sedia untuk turun dan membantah kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 31 Julai ini dengan mematuhi SOP Covid-19. FMT

3 ditahan disyaki sertai konvoi Bendera Hitam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker