Guru akui bimbang kembali ke sekolah September ini

Sebaran :

Guru akui bimbang kembali ke sekolah September ini. Segelintir guru mengakui bimbang dan takut untuk kembali mengajar secara bersemuka ekoran pemberian vaksin kepada mereka masih belum menyeluruh selain angka kes positif Covid-19 yang terus melonjak.

Guru dari Lembah Klang yang hanya mahu dikenali sebagai Hazman berkata, dalam keadaan masih ramai guru tidak mendapat suntikan vaksin, mereka berasa tidak selamat untuk ke sekolah semula susulan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 1 September ini.

“Kalau tengok angka jangkitan harian sekarang yang melonjak naik, memang saya takut. Bukan sahaja risau keselamatan diri tapi keselamatan murid dan pelajar itu sendiri,” katanya.

Menurut bapa tiga anak itu, sekiranya beliau yang sudah lengkap dua dos vaksin merasa tidak selamat apatah lagi guru-guru yang masih belum mendapat suntikan.

“Saya dapat suntikan dos kedua Selasa lalu. Hampir kesemua guru di sekolah saya dah lengkap dua dos,” katanya.

Senada dengan Hazman, guru dari Johor Bahru, Zaiti berkata, selain kes positif baharu yang tidak menentu naik dan turun, risiko penularan wabak itu turut dikhuatiri datang daripada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah.

“Sebab faktor inilah saya masih tidak bersedia untuk masuk ke sekolah semula lebih-lebih lagi memikirkan penularan varian baharu iaitu varian Delta yang lebih cepat dan mudah menular.

“Selain itu, sekiranya pembukaan sekolah tetap diteruskan di tengah-tengah kes yang sedang melonjak naik, guru-guru bimbang akan ada murid yang ketinggalan pelajaran kerana tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Tegasnya, situasi itu sekali gus akan menjejaskan kadar kehadiran murid ke sekolah secara keseluruhannya.

Menurut Zaiti, walaupun bahan pembelajaran boleh disediakan secara dalam talian bagi murid yang tak hadir ke sekolah untuk pembelajaran bersemuka, pastinya guru tidak menang tangan untuk memastikan murid dapat mengikuti pelajaran dalam kedua-dua situasi iaitu bersemuka dan dalam talian.

“Tambahan pula sesi persekolahan 2021 berbaki lebih kurang tiga bulan lagi dilihat seolah-olah tidak relevan sekiranya sekolah dibuka kerana memerlukan persiapan yang teliti memandangkan kes Covid-19 yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Tapi kalau semua guru berjaya divaksin sebelum sekolah dibuka, insya-ALLAH ia dapat mengurangkan risiko jangkitan di sekolah,” katanya.

Sementara itu, menurut guru dari Kota Bharu, Khidir Rahman, masih terdapat ramai guru yang sedang menunggu giliran suntikan vaksin Covid-19 ketika ini.

“Jadi kalau kerajaan percepatkan pemberian vaksin ini kepada golongan guru, ia akan meredakan keresahan hati kami.

“Paling penting semua guru sepatutnya sudah menerima vaksin sebelum sekolah dibuka agar kita dapat elakkan berlaku kluster jangkitan di sekolah,” katanya.

Guru akui bimbang kembali ke sekolah September ini

 

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sebarkan ‘fitnah, warga emas cedera ‘Makan’ penampar penghulu

 


Sebaran :

Leave a Reply