Penuntut Malaysia di UK meninggal dunia selepas rebah di padang bola


KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia, Muhammad Hafidz Abdullah, yang rebah selepas bermain bola sepak meninggal dunia semalam di Unit Rawatan Kritikal, Northern General Hospital di Sheffield, United Kingdom.

Allahyarham yang berusia 36 tahun kini berada di tahun kedua pengajian peringkat PhD di University of Sheffield.

Memetik laporan New Straits Times, penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang merupakan kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia itu dilapor bermain bola di Pusat Sukan Goodwin di Sheffield pada Ahad.

Dia kemudian tiba-tiba pengsan dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, pasukan perubatan telah menasihati isterinya, Nazihahwati Mohiddin berhubung keadaan mangsa sebelum membuat keputusan untuk mematikan alat bantuan pernafasan semalam.

Bapa kepada dua anak yang masih kecil itu disahkan meninggal dunia jam 11.35 pagi.

Jenazah anak kelahiran Pontian, Johor itu akan dikebumikan di tanah air selepas semua proses pengurusan dan dokumentasi selesai. Awani

Meronta-ronta sebelum meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker