Tak serik kalah teruk, BN sedia lawan di Kemaman – Mat Said

Tak serik kalah teruk, BN sedia lawan di Kemaman – Mat Said

Barisan Nasional (BN) sedia bertanding di Parlimen Kemaman selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 kerana wujud unsur rasuah.

Bercakap kepada FMT, Ketua BN Terengganu Ahmad Said berkata komponen itu sentiasa bersedia dan ‘tidak serik’ walaupun kalah di semua kerusi Parlimen, November tahun lalu dan PRN pada 12 Ogos.



“Sama ada tanding PRK sekiranya diadakan, kita serah kepada pucuk pimpinan buat keputusan.

“Walaupun kalah 32-0 DUN dan 8-0 Parlimen, ia tak mematahkan semangat masuk PRK…kalau nak berlawan di tanah rata, jangan bagi rasuah,” kata Ahmad yang tewas kepada Che Alias Hamid, wakil PN dari PAS dengan majoriti 27,179 undi.

Hari ini, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman terbatal dan tidak sah, sekaligus membatalkan kemenangan PN.

Hakim Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen berhubung sogokan semasa tempoh berkempen untuk meraih undi Che Alias.



Petisyen itu difailkan oleh seorang pengundi Kemaman, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Che Alias berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan PAS sama ada ingin merayu keputusan itu yang dibenarkan sehingga 3 Okt depan.

Sementara itu, Ahmad yang juga ketua Umno Terengganu menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dengan melarang calon sama terlibat rasuah daripada bertanding semula selama lima tahun.

“SPRM juga perlu masuk siasat kes ini, saya dukacita kenapa sehingga sekarang tak ada tindakan lanjut dibuat.



“Bayangkan di Kuala Terengganu kita habis duit fail petisyen dan PRK diadakan semula…tiba-tiba calon sama dibenar bertanding sedangkan dalam peraturan jelas lima tahun tak boleh,” katanya. FMT

Tak serik kalah teruk, BN sedia lawan di Kemaman – Mat Said

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker