Lelaki tawar khidmat seks online ditahan

Lelaki tawar khidmat seks online ditahan

BALIK PULAU – Pengalaman seorang lelaki menjadi mangsa peras ugut ketika mahu melanggan perkhidmatan seks secara online empat tahun lalu memberi idea kepadanya untuk memperoleh wang dengan mudah melalui cara sama.

Bahkan lelaki berusia 24 tahun itu yang sebelum ini kerugian RM900 mampu memperoleh pulangan sehingga RM34,000 hasil kegiatan haram itu sejak kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, perbuatan jenayah lelaki berasal dari Pontian, Johor itu terbongkar sebelum dicekup polis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki pada Jumaat lalu yang mendakwa kerugian RM450 selepas diperas ugut suspek ketika cuba melanggan perkhidmatan seks secara online.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, modus operandi suspek adalah menggunakan gambar profil wanita berpakaian seksi di aplikasi Mi-Chat, WhatsApp dan lain-lain untuk menarik perhatian sasaran kononya menawarkan perkhidmatan seks.

“Suspek akan menghubungi atau dihubungi oleh mangsa secara rawak melalui aplikasi tersebut.

“Mesej perbualan di antara suspek dan mangsa dijadikan bahan untuk peras ugut iaitu akan menyebarkan perbualan kepada kenalan mangsa atau keluarga di aplikasi Facebook,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, suspek yang tiada pekerjaan tetap itu mendapat idea untuk menggunakan modus operandi berkenaan kerana pernah menjadi mangsa pada tahun 2017 dan mengalami kerugian RM 900.

“Setakat ini, sebanyak empat kes di Pulau Pinang dan Selangor telah diselesaikan, manakala kita yakin lebih banyak kes akan diselesaikan semasa siasatan lanjut dijalankan

“Kita turut merampas sebuah telefon bimbit bersama 28 keping kad sim pelbagai syarikat komunikasi bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik itu direman selama tiga hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Lelaki tawar khidmat seks online ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayaran pertama KWSP i-Citra mulai 2 dan 5 Ogos

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker