Covid-19 : 15573 kes baharu, pecah rekod lagi

Covid-19 : 15573 kes baharu, pecah rekod lagi

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 15,573 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 980,491 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,672 kes.



Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (2.063), Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452) , Perak (415), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (21) dan Perlis (tiga).

Sebanyak 392 varian membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini, setakat semalam dengan varian Beta mencatatkan angka tertinggi iaitu 205 kes jangkitan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata selain Beta, dua lagi varian VOC yang dikesan adalah Delta dan Alpha.



“Penularan VOC tidak pernah didokumentasi pada 2020, tetapi pada tahun ini, kesemua varian ini telah mendominasi kes COVID-19 tempatan.

“Sehingga semalam, sebanyak 392 VOC dikesan di Malaysia merangkumi VOC Beta sebanyak 205 jangkitan, Delta dengan 173 jangkitan dan 14 membabitkan Alpha.

“Situasi ini membimbangkan kerana VOC Delta terutamanya mempunyai kadar kebolehjangkitan dan kemudaratan tertinggi di antara ketiga-tiga VOC ini,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Tambahnya, bukti saintifik terbaharu menunjukkan, individu dijangkiti VOC jenis Delta mempunyai jumlah virus dalam badan yang mencecah sehingga 1,000, dan ia melebihi jenis VOC lain.



Berita lanjut menyusul

Covid-19 : 15573 kes baharu, pecah rekod lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




TMJ label Syed Saddiq drama queen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker