Konon Nak Buat Prank Jadi Malaikat Maut Akhirnya Maut Digilis Lori [VIDEO]
Konon Nak Buat Prank Jadi Malaikat Maut Akhirnya Maut Digilis Lori [VIDEO]
Keterujaan sekumpulan remaja yang menyamar sebagai ‘malaikat maut’ untuk membuat prank pada orang ramai berakhir dengan tragedi apabila salah seorang dari mereka dilaporkan maut setelah dilanggar oleh sebuah trak.
Kejadian tersebut berlaku di Bekasi, Jawa Barat pada minggu lalu, lapor Tribun News.
Remaja-remaja tersebut juga dikatakan membuat prank itu untuk kandungan TikTok mereka dengan tema ‘malaikat maut’.
Difahamkan, semua remaja terbabit telah menghalang laluan di lebuhraya RE Martadinata, Bekasi, tetapi nasib mereka tidak baik apabila brek sebuah trak tidak berfungsi secara tiba-tiba dan tiga dari mereka yang berdiri di situ telah dilanggar.
Seorang dari mereka yang berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Manakala, dua lagi yang lain cedera parah dan masih dirawat di Hospital Cikarang.
Sementara itu, Polis Bekasi mengesahkan kejadian tersebut dan mengatakan bahawa remaja terbabit meninggal dunia kerana sedang membuat kandungan untuk TikTok.
“Dia disyaki sedang membuat kandungan dengan menghalang laluan sebuah trak di lebuh raya,” kata pegawai polis, Argo Yuwono.
Ketua Polis Bekasi, Hendra Gunawan pula mengatakan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pencipta kandungan yang mempunyai niat jahat. Mereka juga boleh didakwa kerana membuat kandungan berbahaya seperti memberhentikan trak yang sedang bergerak.
“Ini adalah kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah kerana tindakan tersebut membahayakan nyawa mereka dan orang lain,” katanya.
Sumber: Tribun News
Konon Nak Buat Prank Jadi Malaikat Maut Akhirnya Maut Digilis Lori [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan
- Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan
- Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat
- Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO]
- Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO]
- Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat
Layari Laman Facebook MYKMU
“Biru Muka Kau Lip’🤣🤣😂 Hos Yang Kena ‘GAME’ Balik Lepas Cuba Buat Ayda Jebat Prank Sis Sheila Rusly.
You must be logged in to post a comment.