Kenapa baru sekarang Syed Saddiq didakwa?

Kenapa baru sekarang Syed Saddiq didakwa?

Peguam Negara disaran jelaskan kenapa baru sekarang Syed Saddiq didakwa

Peguam Negara Idrus Harun disaran menjelaskan kenapa bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dituduh tujuh bulan selepas kebenaran diberikan untuk mendakwa ahli politik muda itu bagi menyahkan keraguan yang ditimbulkan oleh peguam beliau.

Peguam Syahredzan Johan, yang juga setiausaha politik veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata, beliau nampak “wujud defisit keyakinan pada sistem pentadbiran undang-undang kita”.

“Jadi ada baiknya jika penjelasan diberikan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu di mahkamah, pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM500,000 ke atas Syed Saddiq bagi memastikan bekas menteri itu hadir ke mahkamah. Pendakwa raya berhujah angka ikat jamin harus mencerminkan betapa beratnya kesalahan yang dituduh.

Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo, bagaimanapun mempersoalkan hujah tersebut. Beliau berhujah mengapa Ahli Parlimen Muar itu hanya didakwa sekarang jika kesalahan ini serius seperti yang dikatakan pihak pendakwaan.

“Izin untuk mendakwa ditandatangani pada Januari dan beliau hanya didakwa sekarang, iaitu beberapa hari sebelum Parlimen bersidang semula?” katanya sekali gus mencadangkan ikat jamin sebanyak RM300,000.

Mahkamah mengenakan angka sebanyak yang dimohon pihak pembelaan dengan seorang penjamin.

Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan, iaitu menyeleweng wang RM1 juta dikatakan milik Pemuda Bersatu dan dana pilihan raya dikatakan milik sayap itu sebanyak RMRM120,000.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Semalam di Twitter Syed Saddiq menulis bahawa beliau rela ke mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional (PN) selain mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut akan diheret ke mahkamah jika tidak bersama gabungan pemerintah itu.

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan sebegini akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula,” kata bekas menteri beliau dan sukan itu.

Syahredzan berkata, beliau tidak dapat menyimpulkan dengan pasti bahawa tuduhan terhadap Syed Saddiq bermotif politik namun hujah Syed Saddiq adalah “munasabah”.

“Apa yang Saddiq katakan itu masuk akal kerana kita tahu Perdana Menteri sekarang ini mungkin tiada majoriti lagi atau kalau ada pun majoritinya amat tipis. Maka setiap Ahli Parlimen penting untuk menentukan jatuh atau kekalnya kerajaan ini,” katanya.

“Kita pernah saksikan bagaimana Ahli Parlimen pembangkang tiba-tiba beralih arah dan menyokong Perdana Menteri selepas pihak berkuasa membuka siasatan ke atas mereka,” tambahnya. FMT

Kenapa baru sekarang Syed Saddiq didakwa?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker