PN tahukah apa yang mereka buat – Najib

PN tahukah apa yang mereka buat – Najib

Negara lain ‘lockdown’ kes Covid-19 turun, adakah kerajaan PN tahu apa yang mereka buat, soal Najib

Bekas Perdana Menteri Najib Razak menempelak Putrajaya yang dilihat gagal menangani pandemik Covid-19 susulan peningkatan kes biarpun negara sudah berdepan beberapa siri sekatan pergerakan.

Dalam catatan di Facebook, Najib membuat perbandingan keberkesanan sekatan pergerakan negara luar apabila kes dilaporkan menurun berbanding negara ini yang tidak menunjukkan sebarang trend penurunan.

“Negara-negara lain buat ‘lockdown’, kes (Covid-19) turun. Tapi di Malaysia, lagi banyak diumum dan lagi lama kita dikurung, lagi mencanak kes menaik.

“Sebenarnya adakah kerajaan PN (Perikatan Nasional) tahu apa yang mereka sedang buat?,” soal beliau.

Najib turut menyenaraikan beberapa siri pengumuman mengenai perkembangan Covid-19 negara bermula 18 Mac hingga 21 Julai yang dilihat bercanggah.

Beliau berkata, pada 18 Mac lalu, kerajaan memberi jaminan bahawa tiada lagi perintah kawalan pergerakan (PKP) menyeluruh bagi seluruh negara.

Pada 15 April katanya, Perdana Menteri sekali lagi mengulangi jaminan itu, namun pada 10 Mei, PKP 3.0 seluruh negara sekali lagi diumumkan.

“12 Julai hingga 21 Julai: Kes aktif terus naik ke 137,000 pesakit semalam, kes baharu cecah rekod 13,000, kematian baharu terus naik ke 199 nyawa tapi Perdana Menteri ke-8 tetap membisu tanpa sebarang perubahan strategi atau langkah baharu,” katanya.

Pada 17 Mac lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan secara menyeluruh di seluruh negara atau sesebuah negeri lagi. FMT

PN tahukah apa yang mereka buat – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker