Proton perkenal edisi khas X70 baharu

Proton perkenal edisi khas X70 baharu

PROTON menambah varian baharu dalam barisan produknya menerusi pengenalan Proton X70 Edisi Khas bagi mengukuhkan lagi daya tarikan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C terlaris di Malaysia itu.

Proton X70 Edisi Khas itu bakal ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM123,800.



Menurut Proton dalam kenyataan, edisi khas X70 itu hanya terhad kepada 2,000 unit mempunyai ciri-ciri baharu mewah bersama warna istimewa.

Secara mekanikal, Proton berkata, X70 Edisi Khas mempunyai spesifikasi yang sama dengan varian Premium 2WD dan menggunakan enjin 1.8L TGDi serta transmisi dwi-klac 7 kelajuan.

Namun begitu, perbezaan ketara hadir pada pakej gaya luaran dan hiasan dalaman untuk meningkatkan daya tarikannya.

Katanya, dua warna baharu ditawarkan menerusi pelancaran edisi khas ini iaitu Ocean Blue dan Ruby Red serta mempunyai bumbung, spoiler belakang dan cermin pintu yang diwarnakan hitam.



“Pada masa sama, X70 Edisi Khas ini juga hadir dengan reka bentuk sport rim baharu 19 inci. Lambang SE (Edisi Khas) ekslusif juga dipasang pada bahagian belakang kenderaan ini.

Bahagian dalaman kabin berwarna hitam bersama perincian mewah bagi menaikkan suasana dalam X70 Edisi Khas
“Bagi memadankan warna hitam pada bahagian luar, bahagian dalaman juga berwarna hitam bersama perincian mewah yang menaikkan lagi suasana kabin.

Baca artikel berkaitan: Proton catat peningkatan jualan 3 bulan berturut-turut

“Ini juga termasuk tempat duduk kulit Nappa hitam yang lembut, kemasan hiasan dalaman dan karpet khas SE baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, penambahan X70 Edisi Khas telah melebarkan lagi pasaran kepada golongan sasaran peringkat atas.

“Walaupun ia adalah keluaran terhad, kami yakin akan menarik minat pembeli kereta mewah yang mencari SUV baharu pada harga berpatutan,” jelas beliau.

Sama seperti X70 yang lain, Edisi Khas ini dilengkapi Sistem Penulenan Udara Pintar Proton (P-IAPS) yang menggabungkan kebaikan penapis kabin N95 dan sistem pembersihan udara untuk menawarkan perlindungan terhadap pencemaran bawaan udara.

Ia juga dilengkapi senarai ciri keselamatan termasuk enam SRS bag udara dan Sistem Bantuan Pemandu
Termaju (ADAS) yang menambah lapisan keselamatan aktif bagi mengurangkan risiko kemalangan, Sistem
Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Kamera 360.



Sehingga 31 Disember ini, tertakluk pada ketersediaan, X70 Edisi Khas akan dijual beserta insentif cukai jualan Pemerkasa Plus bernilai RM7,000.

SUV ini juga boleh ditempah secara dalam talian bermula harga serendah RM99. Utv

Proton perkenal edisi khas X70 baharu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker