Pemuda Pas kecam tuduhan Syed Saddiq

Pemuda Pas kecam tuduhan Syed Saddiq

‘Awak yang tak pandai menari, dikata lantai yang berjongket,’ Pemuda PN sangkal tuduhan Syed Saddiq

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Khairil Nizam Khirudin menyifatkan dakwaan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bahawa beliau diheret ke mahkamah kerana enggan menyertai kerajaan memerintah, adalah tuduhan liar dan tidak matang.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS, berkata tuduhan tidak berasas itu jelas mempunyai agenda tersendiri.

“Umpama pepatah Melayu, awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan, iaitu menyeleweng wang RM1 juta dikatakan milik Pemuda Bersatu dan dana pilihan raya dikatakan milik sayap itu sebanyak RM120,000.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Semalam, dalam ciapan di Twitter, Syed Saddiq menulis beliau rela ke mahkamah daripada menyertai PN, selain mendakwa sudah lebih setahun diugut akan diheret ke mahkamah jika tidak bersama gabungan pemerintah itu.

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan sebegini akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula,” kata Ahli Parlimen Muar itu.

Dalam pada itu, Pemuda PN, berkata meraka yakin dengan ketelusan dan integriti institusi kehakiman dalam menguruskan kes berkenaan.

“Pemuda PN sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi mana tidak dibuktikan bersalah.

“Ia adalah medan terbaik untuk tertuduh mendapat keadilan, membukti diri tidak bersalah dan membersihkan nama,” katanya. FMT

Pemuda Pas kecam tuduhan Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker