Covid-19 : 13034 kes baharu, naik lagi

Covid-19 : 13034 kes baharu, naik lagi

Kementerian Kesihatan melaporkan 13,034 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 964,918 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,049 kes.

Rekod tertinggi adalah sebanyak 13,215 yang dilaporkan 22 Julai lalu.

Hari ini, Selangor mencatatkan 6,049 kes manakala Kuala Lumpur (1,611 kes).

Ketiga tertinggi adalah Johor dengan 791 kes diikuti Negeri Sembilan (711 kes) dan Kedah (701 kes).

Negeri-negeri yang sudah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga tidak terkeucali mencatatkan kes yang tinggi termasuk Terengganu (391 kes) dan Pulau Pinang (371 kes).

Terendah melaporkan pertambahan kes baharu masih Perlis dengan enam kes.

Sehingga 22 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,034 kes (964,918 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 6,049 (343,946)
WPKL – 1,611 (103,537)
Johor – 791 (81,782)
Sabah – 497 (77,424)
Sarawak – 644 (72,857)
Negeri Sembilan – 711 (64,795)
Pulau Pinang – 371 (40,489)
Kelantan – 240 (38,533)
Kedah – 701 (35,457)
Perak – 284 (32,426)
Melaka – 353 (26,641)
Pahang – 261 (20,100)
Terengganu – 391 (13,549)
WP Labuan – 24 (9,527)
WP Putrajaya – 100 (3,217)
Perlis – 6 (638)

Berita lanjut menyusul

Covid-19 : 13034 kes baharu, naik lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker