Perlu radikal jika tak mahu luar bandar terus ketinggalan – Zahid

Perlu radikal jika tak mahu luar bandar terus ketinggalan – Zahid

Tindakan drastik dan radikal perlu dilakukan segera jika tidak mahu kawasan luar bandar terus ketinggalan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, justeru isu kesenjangan, penerokaan potensi ekonomi dan peningkatan taraf hidup luar bandar akan menjadi fokus utama beliau dalam menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Pembangunan luar bandar di Malaysia bukan bertujuan membandarkan wilayah atau kawasan luar bandar. Pembangunan luar bandar bukan proses urbanisasi.

“Tetapi memastikan luar bandar mencapai tahap kemajuan sesuai dengan acuan kemajuan ukuran standard yang ditetapkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dalam melestarikan pembangunan desa.

“Dengan kata lain proses modenisasi dalam konteks cara berfikir, mengurus hal ehwal ekonomi yang progresif dan sesuai dengan keperluan semasa,” katanya di Facebook.

Zahid yang juga presiden Umno berkata, berdasarkan angka statistik ekonomi dan trend penghijrahan penduduk bandar ke kawasan luar bandar dalam tempoh 10 tahun ini dilihat agak “mencemaskan”.

“Ini sepatutnya dapat meningkatkan limpahan ekonomi dan peluang di kawasan luar bandar tetapi nampaknya tidak.

“Ekonomi luar bandar tetap memperlihatkan kesenjangan yang amat tinggi antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan data 2019 pendapatan penengah isi rumah luar bandar adalah RM3,828 berbanding RM6,561 bagi kawasan bandar sementara kadar kemiskinan di luar bandar adalah 12,4% berbanding 5.6% kemiskinan seluruh negara.

Justeru, Zahid berkata beliau akan mengemukakan pelan tindakan dan petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian dalam masa terdekat.

“Saya akan menggembleng tenaga dan kudrat kementerian serta agensi-agensinya untuk bersama menyelesaikan segala isu berkaitan desa di Malaysia sepantas mungkin,” katanya. FMT

Perlu radikal jika tak mahu luar bandar terus ketinggalan – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker