Biodata Artis Shila Amzah. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Shila Amzah. Profail dan Latar Belakang.
NurShahila “Shila” Amir Amzah

Biodata Artis Shila Amzah. Profail dan Latar Belakang.

NurShahila “Shila” Amir Amzah (Bahasa Cina: 茜拉; pinyin: Xila, Jawi: نورشهيلا بنت أمير عامزه; lahir 13 Ogos 1990) merupakan seorang penyanyi-pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur oleh sebuah keluarga muzik, Shila mula bergiat aktif dalam muzik ketika berusia sembilan tahun dan membuat persembahan di pelbagai tempat muzikal ketika kecil. Beliau mengeluarkan album pertamanya, Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun. Beliau mula memenangi anugerah sejak itu, bermula dengan Artis Kanak-kanak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dengan bantuan komposer muzik dan penerbit rakaman yang terkenal di Malaysia, Helen Yap, pada tahun 2005 Shila mengeluarkan album pop studio kedua, Sha-Hila. Beliau menjadi lebih terkenal dengan single “Patah Seribu” (2011) yang menerima Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Dari usia empat tahun, Shila sudah mula pergi ke studio rakaman bersama bapanya, ND Lala. Beliau memulakan kerjaya muzik di pentas antarabangsa di Shanghai, China dan menjuari pertandingan Asian Wave (musim 1).Sebagai juara Asian Wave yang diadakan di Shanghai, China, beliau memenangi RM 5 juta dan 6-tahun kontrak rakaman bersama Shanghai Media Group, syarikat media disebalik pertandingan tersebut.

Asia’s Sweetheart

Beliau terus mendapat kemasyhuran selepas memenangi Asian Wave dan naib-johan dalam I Am A Singer (Musim 2) dengan digelar sebagai Asia’s Sweetheart (Buah Hati Asia), Princess of Music (Puteri dalam Muzik) dan National Treasure of Malaysia (Khazanah Negara Malaysia).

Shila mendapat naib johan dalam pertandingan Bintang Kecil RTM pada 2000, naib johan dalam One in a Million (Musim Kedua), juara Shanghai World Star Quest (SWSQ) pada 2008 dan naib johan Anugerah Juara Lagu pada tahun 2012 dan 2015. Sebelum Asian Wave, beliau membuat persembahan duet bersama Miley Cyrus menerusi lagu The Best Of Both Worlds untuk mempromosikan Hannah Montana di Malaysia.

Shila merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara Malaysia dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan menjadikan beliau artis Melayu pertama yang berjaya di ketiga-tiga negara tersebut. Kemahsyuran yang diterima Shila membuatkan akaun Weibonya kini mempunyai 2.5 juta pengikut dan akaun Instagramnya kini berjumlah 2 juta pengikut. Terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, Shila telah menerima beberapa anugerah untuk pencapaian terbaiknya setakat ini antaranya ialah Anugerah Persahabatan China-Malaysia dari Duta China ke Malaysia dan beberapa pencalonan di World Music Awards seperti Artis Wanita Terbaik Dunia, Penghibur Terbaik Dunia, Lagu Terbaik Dunia serta Video Terbaik Dunia.

Nama Shila bertukar dari masa beliau dikenali sebagai Nurshahila/Shila Tekno. Beliau menjelaskan semasa beliau kecil, beliau menggunakan “NurShahila” sebagai nama pentas. Pada 2004, beliau menukar nama pentasnya kepada Sha-Hila kerana syarikat rakamannya, EMI mahukan nama pentasnya lebih pendek. Apabila beliau menyertai pertandingan One in a Million, beliau terpaksa memendekkan lagi namanya. Penganjur OIAM2 memendekkan namanya kepada Shila. Selepas menjadi naib johan OIAM2, beliau dikenali sebagai “Shila OIAM”. Oleh kerana tidak suka akan nama itu, beliau menambah “Amzah” dalam nama pentasnya, sebagai nama bapanya iaitu Amir Amzah. Di negara China, beliau dikenali sebagai 茜拉 (Xila).

1990–99: Kehidupan awal dan pendidikan

Shila Amzah atau nama sebenarnya, NurShahila binti Amir Amzah dilahirkan kira-kira pukul 11.00 pagi pada 13 Ogos 1990 di Klinik Shambi, Jalan Medan Tunku, Kuala Lumpur. Lahir seberat 2.6 kilogram, Shila merupakan anak sulung buat pasangan suami isteri bahagia, Amir Amzah Salleh atau ND Lala dan Fauziah Sarman. Kelahirannya telah melengkapi kehidupan kedua ibu bapanya yang mendirikan rumahtangga pada 19 Oktober 1989. Shila bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur.

 

Kelahiran 13 Ogos 1990 (umur 31)

Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penerbit rakaman
  • penulis lagu
  • pelakon
Tahun aktif 1999–kini
Ejen Shilala (HK) Limited
Nilai bersih ASD$50 juta
Pangkat Kekasih Asia

Puteri dalam Muzik

Khazanah Negara Malaysia

Pasangan Haris Idraki Elias (k. 2018)
Ibu bapa
  • Dato’ Amir Amzah Salleh (bapa)
  • Datin Fauziah Sarman (ibu)
Keluarga Amir Syafiq (adik)

Amir Syahir (adik)

Syada Amzah (adik)

Kerjaya muzik
Genre Pop, mandopop
Instrumen Vokal, gitar, keyboard
Syarikat rakaman
  • EMI
  • Monkey Bone
  • Shanghai
  • Shila Amzah
  • Warner
  • Shilala
  • GME

Biodata Artis Shila Amzah. Profail dan Latar Belakang.


Disyorkan Untuk Anda :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shila Amzah dah fail cerai tapi suami….

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker