Bunuh, tanam mayat rakan dekat rumah kongsi

Bunuh, tanam mayat rakan dekat rumah kongsi

Selisih faham punca warga asing bunuh, tanam mayat rakan dekat rumah kongsi

Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki warga asing bertindak membunuh rakan sekerjanya dan menanam mayat mangsa di rumah kongsi dalam tapak pembinaan sebuah banglo di Taman Mutiara Galla, Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian berkenaan terbongkar jam 6.30 petang semalam selepas majikan pekerja warga Bangladesh itu mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa yang sudah lama tidak kelihatan.

“Ketiadaan mangsa lelaki berusia 30 tahun di tempat kerja dalam tempoh lama menimbulkan tanda tanda majikannya yang kemudian telah bertanya lebih lanjut kepada suspek,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, suspek kemudiannya cuba melarikan diri, namun lelaki berusia 29 tahun itu berjaya ditahan majikannya yang kemudian membuat laporan polis.

Said berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek yang tinggal bersama mangsa mengaku telah membunuh rakannya itu sebelum menanam mayatnya di tempat tinggal mereka iaitu di rumah kongsi di tapak pembinaan terbabit.

Tambah beliau, punca pergaduhan antara suspek dan mangsa yang tinggal bersama sejak sebulan lalu adalah kerana perselisihan faham.

“Suspek dikatakan telah memukul mangsa menggunakan kayu sebelum menanam mayatnya di kawasan tempat tinggal mereka dan suspek juga telah menunjukkan kayu yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya.

Kata beliau, suspek kini ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. FMT

Bunuh, tanam mayat rakan dekat rumah kongsi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker