Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen

Sebaran :

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, dipercayai bagi berdepan satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan tiba kira-kira jam 9.02 pagi dengan diiringi barisan peguamnya, Gobind Singh Deo dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Mengikut sistem mahkamah, kes Syed Saddiq akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin.

Syed Saddiq yang kini ialah Presiden Penaja Parti Ikatan Demokratik (MUDA), sebelum ini memegang jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Semalam, media melaporkan, sumber memberitahu, Syed Saddiq akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Sumber berkata, kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020.

Terdahulu, beberapa individu dipercayai kenalan dan ahli keluarga Syed Saddiq termasuk ibu bapanya , Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dilihat hadir di lobi mahkamah.

Turut kelihatan, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Selain itu, puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi turut memenuhi ruang lobi mahkamah untuk membuat liputan. BH

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir


Sebaran :

Leave a Reply