Syed Saddiq bakal hadapi dua pertuduhan pagi ini

Sebaran :

Syed Saddiq bakal hadapi dua pertuduhan pagi ini

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.

Difahamkan, Ahli Parlimen Muar itu akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1. 2 juta melibatkan wang milik parti politik.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020.

Dalam pada itu, media yang berkumpul sejak awal pagi tadi menjangkakan beliau tiba di perkarangan mahkamah menaiki kenderaannya tetapi Syed Saddiq dilihat berjalan bersama-sama para peguam dari tempat letak kereta.

Peguam Gobind Singh dan Datuk Ambiga Sreenevasan juga bersama beliau.

Keadaan itu juga menyebabkan situasi kelam-kabut apabila jurukamera mahu merakam gambar beliau.

Selepas memasuki dalam perkarangan mahkamah peguam dilihat cuba berunding untuk mendapat kebenaran beberapa orang dalam kalangan keluarga dan pemimpin politik untuk hadir perbicaraan.

Namun hanya tiga orang dibenarkan memasuki mahkamah bagi mematuhi prosedur operasi standard. MG

Syed Saddiq bakal hadapi dua pertuduhan pagi ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir


Sebaran :

Leave a Reply