Atlet Kena ‘Panggang’ Di Tokyo

Atlet Kena ‘Panggang’ Di Tokyo

Bukan setakat ketakutan terhadap coronavirus, namun atlet Olimpik di Tokyo turut perlu berdepan dengan bahang musim panas di Jepun.

Kehangatan dan kelembapan di ibu negara Jepun selepas musim hujan menjadi antara kebimbangan sejak mereka memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah temasya terbabit pada 2013.

Kebimbangan selepas Tokyo mendakwa cuaca ‘sederhana’ pada Julai dan Ogos akan memberikan suasana sukan paling ideal buat atlet ditekankan pada 2019 apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mendesak penganjur untuk melangsungkan acara maraton dan berjalan kaki ke tempat yang lebih sejuk iaitu di Sapporo, 800 kilometer daripada Tokyo.

Ketika pertama kali Tokyo menganjurkan Sukan Olimpik 1964, penganjur membuat keputusan melangsungkan Olimpik ‘musim panas’ pada musim luruh di mana suhu ketika itu lebih rendah.

Meskipun penduduk Tokyo diingatkan supaya tidak bersenam di luar, pemain bola tampar pantai yang berlatih di taman Shiokaze mengadu yang pasir begitu panas untuk kaki mereka sehingga memaksa kakitangan membasahkan gelanggang ketika atlet berteduh.

Penganjur Olimpik memperkenalkan beberapa langkah untuk melindungi atlet daripada kesan buruk akibat panas termasuklah khemah penyejuk, kipas kabus dan aiskrim untuk sukarelawan.

Musim panas Jepun memberi kesan serius kepada kesihatan khususnya kepada orang berusia yang menjadi populasi besar di negara itu.

Pada 2019, lebih 71,000 kes kecemasan dilaporkan kerana strok haba dengan 118 kematian direkodkan sepanjang tempoh Jun hingga September.

Meskipun pandemik dan tidak ramai orang yang keluar dari rumah, masih terdapat 65,000 kes dan 112 kematian pada tahun lalu.

“Menganjurkan Olimpik pada Julai dan Ogos, ia adalah satu isu yang serius sebelum pandemik,” kata Pengerusi Persatuan Perubatan Tokyo, Haruo Ozaki.

“Terdapat risiko yang tinggi untuk strok haba khususnya acara seperti berjalan kaki, triathlon dan bola tampar pantai,” tambahnya. -Agensi

Atlet Kena ‘Panggang’ Di Tokyo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker