Polis tahan 31 warga asing hadir jamuan Aidiladha
Polis tahan 31 warga asing hadir jamuan Aidiladha
Sekumpulan 31 orang warga asing termasuk wanita dari Indonesia dicekup di sebuah rumah di batu Caves untuk jamuan sambutan Aidiladha di Gombak hari ini.
Sekumpulan warga asing yang berkumpul dan mengadakan jamuan Hari Raya Aidiladha di sebuah rumah di Taman Selayang Utama, Gombak hari ini menerima akibatnya.
Dalam serbuan 10 pagi itu, polis menahan menahan 31 orang individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan ketika ditahan mereka kebanyakannya berbaju raya ala Indonesia.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengatakan terdapat pihak yang mengadakan jamuan hari raya.
Video kesemua mereka digari dan dibawa keluar beramai-ramai menaiki trak polis kemudiannya tular di media sosial dan dalam video yang sama, rata-rata mereka berbaju raya.
“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah ke lokasi rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati seramai 31 orang berada di dalam rumah tersebut yang sedang leka mengadakan jamuan makan sempena Hari Raya Aidiladha.
“Mereka terdiri daripada 29 lelaki dan seorang wanita warga asing dan seorang lagi wanita tempatan yang berumur antara 20 hingga 40 tahun,” katanya menerusi kenyataan malam ini.
Tambah Zainal Mohamed, daripada 30 warga asing berkenaan seramai empat orang sahaja mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala enam orang lagi memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh.
Sementara itu, seramai 20 orang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut, mereka didapati telah melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi SOP dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS yang tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
“Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebak ke jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa, Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, (PPPPN) 2021, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
“Kesemua tangkapan warga asing tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada pagi esok bagi permohonan tahanan reman untuk meneruskan siasatan polis.
“Manakala seorang wanita tempatan yang turut berada di rumah tersebut semasa jamuan beramai-ramai telah dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, (PPN) 2021,” tegasnya.
Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya mematuhi SOP dan mengelak sebarang aktivitia ziarah rumah ke rumah semasa sambutan Aidiladha.
Katanya, tindakan perlanggaran SOP akan disusuli dengan tindakan tegas tanpa kompromi berlunaskan undang-undang ke atas individu yang dikesan melakukan kesalahan. MG
Polis tahan 31 warga asing hadir jamuan Aidiladha
Baca Artikel Menarik :
- Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau
- Pemuzik cedera perut ditikam penagih
- Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD
- Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan BersatuBersatu
- Ratusan ‘Solat Raya’ luar surau, Polis mohon maaf terlepas pandang [VIDEO]
- Asia Tenggara medan perang terburuk pandemik COVID-19