12 motosikal rosak dirempuh kereta terbabas

12 motosikal rosak dirempuh kereta terbabasSekurang-kurangnya 12 buah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah pangsapuri di Jelutong di sini rosak selepas dilanggar sebuah kereta yang dipercayai terbabas.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun.

Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Zaki, 30-an, dia berada berhampiran lokasi kejadian sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah tempat letak motosikal di hadapan pangsapuri tersebut.



Katanya, ketika itu dia melihat kereta Proton Wira tersebut telah melanggar beberapa buah motosikal yang diletakkan di tepi jalan sehingga terjatuh dengan ada yang mengalami kerosakan teruk.

Jelasnya, sejurus selepas kejadian pemandu Proton Wira itu memberhentikan kenderaannya dan memaklumkan cuba mengelak sebuah motosikal sehingga menyebabkan keretanya terbabas.

“Ketika kejadian tidak ada sesiapa di lokasi kejadian dan tidak ada mangsa yang terlibat dan semua pemilik motosikal itu juga dipercayai berada di rumah masing-masing.

“Pemandu kenderaan itu juga tidak melarikan diri selepas kejadian itu dan kes ini bukan langgar lari seperti yang tular dalam media sosial,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Terdahulu, kejadian itu tular dalam media sosial hari ini termasuk ada yang mendakwa pemandunya melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Dalam pada, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu kereta dan penunggang motosikal yang terbabit dalam kejadian itu.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

“Setakat ini pemilik motosikal yang lain belum membuat laporan polis,” katanya.



12 motosikal rosak dirempuh kereta terbabas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes dera Bella: Permohonan polis untuk reman ditolak mahkamah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker