Tiada keperluan KPM buka sekolah awal September

Tiada keperluan KPM buka sekolah awal September. Kementerian Pendidikan (KPM) disaran  meneruskan sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga akhir tahun ini.

Dr. Anuar Ahmad dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ia perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum KPM mengumumkan pembukaan semula sekolah pada September ini.

“KPM sedia maklum anak-anak di bawah umur 18 tahun ke bawah tidak divaksin dan mereka juga terdedah serta berisiko tinggi terhadap jangkitan varian baharu Covid-19.

“Oleh itu, pembukaan sekolah tidak sepatutnya dilakukan atau diumumkan sehingga KPM telah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan berkesan bagi menguruskan kumpulan murid-murid yang yang kategori non-vaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoal bagaimana KPM boleh memberi jaminan bahawa murid-murid yang ke sekolah tidak berisiko menjadi pembawa ‘carrier’ virus Covid19 ke dalam keluarga mereka.

“Bolehkah tanpa jaminan keselamatan, sekolah-sekolah dibuka semula?,” soalnya.

Tambahnya, sistem PdPR sepanjang 15 bulan lalu didapati  diamalkan dengan pelbagai penambahbaikan dari guru-guru malah prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun lepas.

“Ini telah membuktikan tiada keperluan bagi KPM secara tergesa-gesa untuk membuka sekolah pada bulan September 2021.

“Sepatutnya  KPM membuat keputusan meneruskan PdPR sehingga hujung tahun 2021 kerana itu  lebih praktikal, teratur dan sesuai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada keperluan KPM buka sekolah awal September


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker