MCA, MIC masih berfungsi

MCA, MIC masih berfungsi. MCA dan MIC merupakan dua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang masih berfungsi walaupun ada yang menganggap parti itu kini sunyi dalam memperjuangkan rakyat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan menafikan segala dakwaan tersebut kerana MCA tetap memainkan peranan sebagai parti komponen BN.

Jelasnya, parti itu sudah membuat ketetapan dalam mesyuarat membabitkan kepimpinan pusat untuk tidak terlibat dalam isu politik ketika ini sebaliknya memberi fokus kepada agenda membantu rakyat.



Mengulas tindakan UMNO yang lebih agresif dan lantang, kata Yew Chuan, itu adalah pilihan UMNO tetapi tidak bermakna MCA terus berdiam dari memberi bantuan dan berkongsi pandangan.

Katanya lagi, MCA mempunyai strategi tersendiri selain pelbagai usaha telah dilakukan untuk kebaikan negara dan rakyat namun tidak dihebahkan secara umum.

“Yang saya pelik, kalau pun UMNO sebahagian dariopada kerajaan tetapi ada rasa tidak puas hati, sesuatu isu patut dibincangkan di peringkat kerajaan melalui proses yang betul dan bukannya menghebahkan di media sosial seolah-olah mereka bertindak sebagai pembangkang.

“Saya juga menolak dakwaan kononnya MCA tunduk kepada apa sahaja keputusan dibuat BN. Sebaliknya, itu adalah keputusan konsensus yang dicapai melalui mesyuarat parti komponen BN.



“Selain itu, dalam isu tanah dipertikaikan di Pahang, MCA juga telah berjumpa dengan Menteri Besar Pahang untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Senada dengan beliau, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, tidak adil untuk membandingkan peranan MCA dengan DAP yang dilihat lebih memperjuangkan kaum Cina seperti isu tanah kebun durian di Pahang yang menjadi pertikaian undang-undang antara pengusaha durian dan kerajaan negeri Pahang.

Beliau berkata, langkah diambil DAP adalah tidak sesuai selain tidak ramai yang mengetahui MCA sendiri sudah berjumpa dengan pengusaha-pengusaha berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian.

Dalam isu berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras dari DAP, Chow Yu Hui dan Ahli Jawatankuasa DAP, Ronnie Liu, ditahan pihak polis kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, M. Asojan berkata, partinya turun memainkan peranan besar melihat Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan yang satu-satunya ahli Parlimen MIC menerajui Kementerian Sumber Manusia.

Malah, MIC memberi pandangan kepada BN untuk tidak keluar daripada kerajaan kerana itu bukan jalan yang terbaik ketika ini selain pengurusan pandemik Covid-19 lebih utama.

“MIC ambil juga sebelum ini menyediakan 23 pesawat secara sendiri dan sumbangan orang ramai untuk membawa rakyat Malaysia tersadai di luar negara terutama di beberapa kawasan di India pulang ke Malaysia,” katanya.- UTUSAN ONLINE

MCA, MIC masih berfungsi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tajuddin kata ahli UMNO bukan lembu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker