Resepi Sandwich Tuna Pedas
Resepi Sandwich Tuna Pedas
Resepi Tuna Sandwich versi pedas yang enak disediakan untuk sarapan pagi, minum petang, bekalan ketika berkelah atau juga untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Kalau dah biasa makan sandwich yang light dan tak pedas boleh cuba pula versi sandwich tuna yang pedas yang simple dan sangat sedap ni.
Kita biasa gunakan roti wholemeal untuk sandwich kerana tekstur nya yang lebih keras dan tidak penyek semasa proses ‘trim” kulit roti dan juga semasa potong sandwich.
Untuk sapuan ke atas roti anda boleh gunakan majerin atau butter kerana selain menyedapkan rasa sandwich, sapuan tersebut adalah bersifat minyak yang boleh menghalang serapan lembapan serta mengelakkan roti dari menjadi lembik dan kembang
Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak: 0
Jumlah Hidangan:5 orang
Bahan-Bahan:
1 bungkus roti sandwich wholemeal
majerin secukupnya
1 tin tuna in olive oil
1/2 biji bawang besar
4-5 biji cili padi merah
4 sudu besar mayonis
secubit serbuk lada hitam
sedikit perahan lemon atau limau nipis
hirisan timun
hirisan tomato
daun salad
Cara Penyediaan:
Potong bahagian tepi kulit roti dengan kemas. Sapu sekata permukaan roti dengan majerin.
Hiris nipis bawang besar dan cili padi kepada kepingan kecil.
Masukkan tuna di dalam mangkuk bersama dengan bawang besar, cili padi, mayonis, serbuk lada hitam dan jus perahan lemon. Che Nom buang sedikit minyak olive.
Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda (jika suka).
Gunakan garfu untuk kacau campuran tuna dan tekan-tekan garfu supaya ketulan tuna menjadi kecil dan sebati.
Sudukan tuna dan sapu rata di atas roti.
Letak bahan sayur seperti timun, tomato dan daun salad kemudian potong sandwich kepada 2 atau 4 bahagian.
Tips:
Adunan campuran inti tuna haruslah tidak terlalu basah supaya inti tidak meleleh dan mengelakkan roti menjadi kembang nanti.
Selepas sandwich siap, tutup di dalam bekas kedap udara supaya roti sandwich tidak menjadi kering dan keras.
Resepi Che Nom
Resepi Sandwich Tuna Pedas
Baca Artikel Menarik :
- Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19
- Ekonomi Malaysia tidak bergerak sekiranya kelas bawahan masih ramai
- Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo
- Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO]
- NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH [VIDEO]
- Resepi Mee Sizzling