Resepi Mee Kungfu

RESEPI MEE KUNGFU

RESEPI MEE KUNGFU

Bahan-bahan buat mee:
  • 500gm mee kuning
  • 4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
  • 1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya:

  1. Gaul semua bahan diatas.
  2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan.
  3. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis

Bahan-bahan kuah:

  • 7 ulas bawang putih diketuk
  • 150gm isi ayam dipotong kecil
  • 10 ekor udang dibuang kulit
  • 3 ekor sotong dipotong bulat
  • 2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
  • 4 cawan air
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 5 batang baby corn dipotong memanjang
  • 5 tangkai cili padi diketuk
  • carrot dipotong panjang & halus
  • hirisan brokoli
  • hirisan kobis bunga
  • garam secukup rasa
  • molassses brown sugar secukup rasa
  • sedikit bahan perasa
  • minyak untuk menumis

Caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

RESEPI MEE KUNGFU


Baca Artikel Menarik :

Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai

Layari Laman Facebook MYKMU




 

Resepi Mee Jawa Sedap

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker