Kerajaan perlu cukai untung luar biasa – Mahathir

Kerajaan perlu cukai untung luar biasa – Mahathir

Kerajaan perlu cukai untung luar biasa bagi tambah sumber kewangan, kata Dr M

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai untung luar biasa ke atas syarikat yang mencatatkan keuntungan berlebihan semasa tempoh pandemik Covid-19.

Menurutnya, cukai tersebut mampu membantu kerajaan menambah sumber kewangan sekaligus dapat menyediakan dana untuk disalurkan kepada rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Cukai untung luar biasa ini bukanlah satu benda yang luar biasa, ini mungkin membantu kerajaan. Kita perlu belanja banyak kerana kita tolong orang yang miskin, kena bagi tambahan pendapatan, orang tak ada makan, kita kena bagi makan.

“Semua memerlukan kewangan tetapi kalau kita ikut cukai secara biasa, aktiviti (ekonomi) kurang dan kerajaan juga akan dapat cukai yang kurang,” katanya di forum Reset Malaysia: Mampukah Ekonomi Malaysia Diselamatkan? menerusi Facebook.

Melihat kepada jumlah jangkitan yang membimbangkan, beliau menyarankan agar kerajaan menumpukan sepenuhnya usaha memerangi Covid-19 dan menyusun semula agihan peruntukan mengikut keutamaan.

Disoal mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), katanya, mengadakan semula cukai baharu dalam situasi sekarang tidak akan mengurangkan masalah yang dihadapi kerajaan.

“Pendapat saya ialah mengadakan cukai baharu ini tidak sendirinya mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kerajaan kerana kerajaan sekarang ini tidak dapat kutip cukai yang cukup,” katanya. FMT

Editor : Bila ada GST dia mansuhkan, sekarang minta kerajaan kenakan cukai untung luar biasa. GST dah terbukti cukai yang baik dan peniaga juga tidak dapat menipu keuntungan mereka seperti sekarang dengan SST.

Kerajaan perlu cukai untung luar biasa – Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tergamak bayar saya RM150 – Jalil Hamid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker