Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin

Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin

Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Perkara itu dicapai Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.



Jemaah Menteri sebulat suara kekal menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, di sebalik keputusan Umno menarik sokongan terhadap Presiden Bersatu berkenaan.

Dalam satu kenyataan bersama, Jemaah Menteri berkata keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada hari ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

“Ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak,” menurut kenyataan itu.



Jemaah Menteri berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Sekali gus membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19.”

Pada Khamis lalu, Umno memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak Perdana Menteri berundur dengan segera ekoran kegagalan Perikatan Nasional menangani pandemik Covid-19.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker