Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin

Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin. Bebas daripada jangkitan virus Covid-19 ibarat mati hidup semula kerana setiap hari sepanjang tempoh rawatan ibarat hari terakhir dalam kehidupan.

Itu pengalaman yang dikongsi oleh seorang bekas pesakit Covid-19, Sariah Yahya yang dipetik dari perkongsiannya di Facebook.

Katanya, dia reda andai malam itu adalah malam terakhirnya dan sebelum tidur akan ‘berdialog’ dengan Allah, mengucap dua kalimah syahadah, minta ampun dengan Allah.

“Bila sedar subuh jururawat datang ambil darah pukul 5.30 pagi, dan jantung masih berdegup… Allahuakhbar… Alhamdulillah… bernyawa lagi aku,” kongsinya.

Menurut Sariah setelah dikenal pasti positif Covid-19 dia dibawa ke hospital Sungai Buluh. Sepanjang di hospital itu dia bertukar wad sebanyak empat kali dengan yang terakhir wad 5B.

Pada peringkat permulaan katanya, diri merasakan tidak kritikal, malah walaupun mengalami sesak nafas tidak ada rasa takut kerana ada bantuan oksigen.

Katanya, apabila doktor ambil darah dan bacaan paru-paru, rasa takut mula datang, bacaan paru-paru turun sampai 88 dan kandungan oksigen dalam darah juga menurun.

Ketika itu langsung tidak boleh berpisah daripada bekalan oksigen walaupun ketika ke tandas. Tanpa bantuan oksigen terasa seperti hilang nyawa.

Kata Sariah, pada keesokannya, dia dibawa ke Wad 7A, disebabkan rasa takut dia tidak tanya doktor kenapa.

Seorang petugas kesihatan memberi rawatan kepada pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). – UTUSAN/ FAIZ ALIF AHMAD

Di wad baharu itu prosesnya sama iaitu diambil darah hingga berbotol-botol. Selepas dapat keputusan dia dibawa turun ke Wad 4D pula.’

Ketikan di wad baharu itru doktor beritahu dia perlu dipantau 100 peratus. Tidak boleh bergerak ke mana-mana. Kena berada atas katil sepanjang masa.

Katanya, masa itu adalah malam ketiga dia di hospital Sungai Buloh.

Ketika itu katanya rasa semangat mula jatuh. Semalaman tidak boleh tidur. Bacaan paru-paru turun. Esoknya doktor buat rawatan lagi.

Darah diambil sejam sekali. Bacaan paru-paru, tekanan darah, jantung diambil tiga kalin sehari.

“Bila aku nampak jururawat bawa mesin aku jadi fobia. Seolah-olah aku rasa nyawa aku pada mesin itu,” kata Sariah.

Katanya, dia sudah sampai ke tahan tidak rasa apa lagi dah ketika jarum dicucuk untuk ambil darah sejam sekali.

Badan pula katanya, ibarat sudah hancur, lebam macam kena pukul.

Setiap hari rutinnya seperti itu. Buang air besar dan kecil semua atas katil. Pakai lampin.

Katanya, dia berada dui wad 4D itu selama tujuh hari.’

“Siksanya hanya Allah yang tahu. Aku hanya diam. Hari-hari tunggu apa doktor cakap. Hari-hari aku lalui dengan air mata.

“Dalam hati hanya berfikir mati. Dengar pula berita-berita kematian dari Hospital Sungai Buloh setiap hari,” katanya.

Tetapi kata Sariah, dia tetap kuat dengan berbekalkan doa emak, ayah, adik-beradik, keluarga dan sahabat handai.

Mereka memberikan kata-kata perangsang melalui panggilan telefon dan whatsapp yang menjadi penguat semangat untuk terus berjuang.

Apabila sudah lepas tahap kritikal katanya, dia dipindahkan ke Wad 5B. Di situ dia diletakkan di bawah pengawasan doktor selama enam hari.

Malam pertama katanya, darah keluar ikut hidung ketika bersin.

“Allahuakhbar… Ujian apakah lagi…Kali ni aku diam. Aku tak beritahu doktor sebab takut dibawa ke unit rawatan rapi (ICU).

“Aku sudah reda malam itu kalaulah itu malam terakhir ku. Aku ‘berdialog’ dengan Allah… Sebelum tidur aku mengucap siap-siap… minta ampun dengan Allah atas segala dosa-dosaku.

“Lap hidup tengok ada darah lagi. Lama-lama penat tertidur. Apabila sedar subuh, jururawat datang ambil darah aku pegang hidung dan dada… Kat hidung sudah tidak ada darah dan jantung masih berdegup… Allahuakhbar..  Alhamdulillah… Bernyawa aku lagi… Lepas itu semangat terus kuat,” ceritanya.

Kata Sariah dia berada di Wad 5B itu selama enam hari dan keseluruhannya dia berada selama 16 hari di Hospital Sungai Buluh.

Malam terakhir, katanya, ada seorang meninggal dunia, Dia nampak  doktor dan jururawat cuba selamat tetapi masanya sudah sampai.

Sariah memberitahu, di hospital itu doktor dan jururawat kerja berlari-lari tidak ada yang berjalan santai.

Setiap jam mereka akan kejutkan pesakit untuk memastikan mereka menggunakan gas dengan betul.

Katanya, ada yang meninggal dunia ketika tidur disebabkan topeng gas itu beralih dari mulut.

Kata Sariah, selepas gasnya dilucutkan dia dibenarkan turun dari katil dan dibenarkan mandi.

Selama 16 hari itu katanya dia langsung tidak mandi hanya dilap dengan tisu basah.

Kini Sariah sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buluh namun masih diletakkan di bawah pemantauan di Pusat Kusta Sungai Buluh.

Berdasarkab pengalaman yang dilaluinya itu, Sariah meminta semua orang jaga diri, jika tidak ada hal penting duduk saja di rumah.

“Lepas diri sendiri yang kena bila nampak orang sambil lewa rasa nak ikat saja biar duduk di rumah,” katanya.

Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Asyraf Wajdi yakin ahli Parlimen UMNO ikut keputusan MKT

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker