Dendam ‘Putus Cinta’, Wanita Ini Sewa Kereta Bekas Kekasih Dan Langgar 49 Lampu Isyarat

Dendam ‘Putus Cinta’, Wanita Ini Sewa Kereta Bekas Kekasih Dan Langgar 49 Lampu Isyarat

Siapa sahaja yang tidak berasa kecewa setelah putus cinta dengan kekasih masing-masing. Malah, disebabkan putus cinta, terdapat individu yang berdendam dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat kehidupan bekas kekasih mereka ditimbuni dengan pelbagai masalah.

Baru-baru ini, seorang wanita di Zhejiang, China dikenali sebagai Lou dan beberapa lagi rakannya telah bersubahat untuk menjatuhkan bekas teman lelakinya. Difahamkan bahawa Lou telah meminta rakan lelakinya, Chen menyewa kereta bekas teman lelakinya, Qian melalui urusan dalam aplikasi sewa kenderaan.

Sakit hati dan dendam Lou terhadap bekas teman lelakinya begitu mendalam sehinggakan beliau sanggup menyuruh rakan-rakannya memandu kereta bekas teman lelakinya dan melakukan pelbagai kesalahan trafik termasuk melanggar 49 lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dalam masa dua hari.

Disebabkan tindakan ini, bekas teman lelaki Lou terpaksa menanggung kerugian yang melampau setelah menerima puluhan saman trafik. Menurut laporan Global Times, Lou bertindak sedemikian kerana ingin membalas dendam selepas kecewa dengan teman lelakinya yang memutuskan hubungan mereka setelah beberapa tahun bercinta dan keluar dating dengan wanita lain.

Dalam pada itu, rancangan Lou untuk menjatuhkan bekas teman lelakinya dikatakan gagal selepas ‘kantoi’ dengan pihak polis. Berdasarkan laporan, pihak polis berjaya menahan salah seorang rakannya yang dikenali sebagai Zhu susulan rekod kesalahan trafik yang dilakukannya semasa memandu kereta bekas teman lelaki Lou.

Susulan itu, Lou dan beberapa orang lagi rakannya yang bersubahat dalam kes ini ditahan polis selepas didakwa kerana sengaja menyebabkan bekas teman lelakinya, Qian dibebani dengan puluhan saman kesalahan trafik.-TVC

Dendam ‘Putus Cinta’, Wanita Ini Sewa Kereta Bekas Kekasih Dan Langgar 49 Lampu Isyarat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]

15,000 pokok durian Musang King ‘haram’ ditebang dalam 9 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker