Ibu bersalin meninggal dunia akibat Covid-19 meluluhkan hati..
Ibu bersalin meninggal dunia akibat Covid-19 meluluhkan hati. Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang berkongsikan kisah sedih mengenai ibu yang bersalin di hospital hari ini.
Katanya, seramai tiga ibu hamil yang bersalin menggunakan kaedah caesarean telah meninggal dunia akibat Covid-19.
“Belum sempat cium anak dan anak belum kenal ibunya,” katanya di akaun Facebook miliknya.
Perkara itu disahkan oleh salah seorang netizen, Noreen yang mengakui salah seorangnya merupakan kakak angkatnya.
Ia menyentuh hati Ziela Yusoff yang sedang sarat mengandung ketika ini.
“Risau bila dengar berita begini doktor..saya pun bersalin juga, masih bekerja macam biasa.. harap Allah lindungi selalu..Amin,” katanya
Rafidah A Rahman turut mendedahkan anak saudaranya disahkan positif Covid-19.
“Positif Covid-19 dengan kandungan dua bulan lebih. Doakan bang, akak ipar dan anak-anak buah saya,” katanya.
Nurul Arisya juga bimbang dengan kesihatan kandungannya.
“Takut nya..saya pun baru lagi mengandung baru nak masuk tiga bulan dan bekerja macam biasa untuk simpanan nak beli barang anak bakal lahir makan sehari-hari, doakan saya semoga dijauhkan penyakit Covid-19,” katanya.
Di sebalik kesedihan itu, Hafifah Muhammad mendoakan ibu-ibu bersalin yang telah meninggal dunia.
“Semoga ibu-ibu yang meninggal syahid ditempatkan di syurga. Malaysia dah makin lama makin kritikal. Semoga Allah melindungi frontliner di luar sana,” katanya.
Ibu bersalin meninggal dunia akibat Covid-19 meluluhkan hati..
Baca Artikel Menarik :
- Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU
- Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis
- Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin
- Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’