Adakah Kerajaan PN benar-benar ada ‘Political Will’?

Adakah Kerajaan PN benar-benar ada ‘Political Will’? Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir mempersoal sama ada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini mempunyai ‘political will’ untuk mengatasi masalah dihadapi negara.

Beliau dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya berkata, hal itu kerana ahli Parlimen masih tidak menerima sebarang pemakluman mengenai aturan persidangan yang dijadual pada 26 Julai ini.

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis untuk Parlimen perlu memastikan Parlimen bersidang dengan baik dan bukan sekadar ‘cincai-cincai’ buat pengumuman bagi melepaskan tengkuk.



“Tak sampai dua minggu lagi persidangan khas Parlimen dijadualkan iaitu pada 26 Julai 2021. Namun sehingga kini ahli-ahli Parlimen masih tidak menerima sebarang pemakluman mengenai aturan persidangan.

“Contohnya, setiap kali sebelum persidangan, ahli Parlimen diminta mengemukakan soalan-soalan kepada menteri. Persidangan kali ini kami masih tidak diminta berbuat demikian, adakah sesi kali ini ahli Parlimen nak bertanyakan soalan juga tidak dibenarkan,” soalnya.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar usul bagi memastikan sidang Dewan akan datang membahaskan beberapa perkara penting yang bersesuaian dengan situasi semasa di dalam negara.

Antaranya  membahaskan Ordinan Darurat, situasi pandemik Covid-19, kadar vaksinasi, kadar ujian saringan serta perincian terkait perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan.



Tambah Akmal Nasrullah, walaupun PN masih berdolak-dalik, namun ahli Parlimen perlu sedaya upaya mencari ruang bagi memastikan perbahasan yang telus dan komprehensif berjalan dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen serta lunas-lunas negara.

“Adakah PN mempunyai ‘political will’ untuk perbaiki kesilapan. Entahlah, kalau yang berkuasa bagus dan komited, keadaan negara tidaklah seteruk seperti sekarang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Adakah Kerajaan PN benar-benar ada ‘Political Will’?

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tok Mat pengarah pilihanraya UMNO ganti Tajuddin

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker