Entah-entah sekarang kerajaan Ismail Sabri

Entah-entah sekarang kerajaan Ismail Sabri

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan pendirian partinya terhadap pelantikan naib presiden mereka Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri.

Tajuddin didakwa berkata demikian dalam klip audio yang dikatakan dirakam semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dimuat naik di Facebook oleh Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa.

Sumber Umno mengesahkan bahawa rakaman yang dimuat naik oleh Annuar adalah asli.

Tajuddin, dalam rakaman itu, mempersoalkan kenapa ahli MKT Umno tidak mengucapkan tahniah kepada Ismail berhubung pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri.

Tajuddin berkata pemimpin Umno tidak boleh menganggap bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan Muhyiddin.

“Kerajaan sekarang bukan kerajaan Muhyiddin, entah-entah kerajaan Ismail Sabri.

“Kerajaan Ismail Sabri ‘look’ biar dia buat kerja, ‘we deliver’ saya ingat Muhyiddin pun akan memberikan tugas lebih banyak kepada Ismail Sabri.

“Dan ini masa Ismail Sarbi nak tunjukkan Umno ini yang menguasai kerajaan, yang membela rakyat, yang membela parti,” katanya lagi.

Tajuddin, dalam klip video itu juga menolak keputusan Umno untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana masa tidak sesuai.

Menurutnya, penarikan sokongan Umno ketika ini tidak memberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang.

Sebaliknya kata pengarah pilihan raya Umno itu, PN mungkin boleh bekerjasama dengan DAP bagi mempertahankan kerajaan yang ada kini.

Tajuddin juga berkata, semua pemimpin tertinggi parti tidak sama sekali ingin mengenepikan keputusan yang dibuat parti dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.

PAU sebelum iniu memutuskan untuk menyerahkan kepada presiden Umno dan MKT parti untuk menetapkan tarikh mereka menarik sokongan kepada PN. Mk

Entah-entah sekarang kerajaan Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin perlu bawa sendiri usul percaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker