Sukar Tidur? Cuba Tukar Cadar Kepada 4 Warna Ini

Sukar Tidur? Cuba Tukar Cadar Kepada 4 Warna Ini

SAMA seperti dinding bilik, warna cadar juga boleh mempengaruhi psikologi dan kualiti tidur terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah insomnia.

Atas sebab itu, pemilihan cadar juga sangat penting termasuk fabrik, warna termasuklah corak kerana corak yang terlalu banyak boleh membebankan mata dan mengalihkan perhatian ketika hendak tidur.

Berikut adalah beberapa jenis warna cadar yang dapat membantu anda tidur dengan lebih baik.

bed-sheets-1

1. Putih

Apabila ragu-ragu, pilih cadar berwarna putih kerana ia mampu memberikan kesan tenang dan bersih. Ia juga membuatkan katil anda kelihatan tidak serabut tetapi menonjol.

Grey

2. Kelabu

Cadar berwarna kelabu dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis gaya dan tetap menonjol. Ia dapat memberi ketenangan sebelum tidur selain ia pilihan lebih baik dalam menyembunyikan sebarang kekotoran pada cadar.

Warna Cadar

3. Krim

Cadar berwarna krim boleh menerbitkan rasa kasual berbanding putih dan kelabu kerana rona ini dapat mewujudkan rasa santai dan tak lekang dek waktu. Ia adalah pilihan paling sempurna untuk anak-anak tidak kira jantina.

91DcWex61KL_1024x1024@2x

4. Biru tua

Selain dapat menyembunyikan kotoran yang menempel pada cadar, biru tua juga boleh memberikan gaya kepada katil anda. Ia merupakan pilihan terbaik kerana rona itu adalah simbol air, langit, bunga dan sifat alam yang lain.

Sukar Tidur? Cuba Tukar Cadar Kepada 4 Warna Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]

15,000 pokok durian Musang King ‘haram’ ditebang dalam 9 hari

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker