Ratusan mengaku jalin hubungan seksual dengan makhluk asing

Ratusan mengaku jalin hubungan seksual dengan makhluk asing

LONDON – Ratusan warga Britain mendakwa pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk asing menerusi satu tinjauan terbaharu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penduduk England mendakwa pernah berjumpa secara dekat dengan makhluk asing.

Manakala hampir 300 individu di Britain membuat pengakuan pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk aneh itu.

Kebanyakan daripada mereka yang membuat pengakuan itu adalah daripada Norwich yang merupakan kawasan yang sering dikunjungi objek terbang tidak dikenali (UFO).

David Abrams dari BuzzBingo.com yang menjalankan tinjauan tersebut berkata keputusan undian tersebut amat mengejutkannya.

“Kami terkejut apabila mendapati ramai mendakwa pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk asing terutamanya mereka yang berasal dari Norwich dan Bristol.

“Pasti ada sesuatu tentang lokasi-lokasi tersebut yang menyebabkan dakwaan aktiviti seksual bersama makhluk asing adalah lebih kerap berbanding kawasan lain di Britain,” katanya.

Bulan lalu, Daily Star turut melaporkan kisah seorang wanita, Abbie Bela yang menemui cinta dengan makhluk asing selepas berputus asa mencari kekasih secara online. Agensi

Ratusan mengaku jalin hubungan seksual dengan makhluk asing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker