Cuaca panas California cecah 54.4 darjah celsius



Cuaca panas California cecah 54.4 darjah celsius

Los Angeles: Amaran cuaca panas mula dikeluarkan untuk lebih 30 juta penduduk barat Amerika Syarikat (AS) selepas ia merekodkan suhu tinggi.

Las Vegas mencatatkan suhu mencecah 47.2 darjah Celsius menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

Ramalan kaji cuaca mengeluarkan amaran suhu panas melampau di beberapa bandar utama termasuk Phoenix dan San Jose, serta bandar teknologi Silicon Valley di San Francisco.

“Lebih 30 juta penduduk akan berada di bawah amaran gelombang panas. Ia mungkin berterusan sehingga Ahad,” kata NWS seperti dilaporkan AFP.




Sementara itu, NY Times melaporkan, pakar meteorologi yang berkhidmat dengan NWS, Sarah Rogowski berkata, sebahagian besar kawasan barat AS berdepan peningkatan suhu mencecah 54.4 darjah Celsius dalam beberapa hari lagi.

Suhu melampau yang melanda barat laut Pasifik (AS) pada penghujung Jun lalu mengakibatkan kematian hampir 200 penduduk di Oregon dan Washington.

Orang ramai dinasihatkan terus berada di rumah dengan bergantung kepada penyaman udara dan sentiasa berlindung di kawasan teduh.

Kesan ‘kubah panas’ atau ‘heat dome’ turut melanda kawasan barat laut dengan tanah yang panas dan kering memerangkap haba serta mempercepat peningkatan suhu.

Fenomena sama dikesan sudah menular ke California dan beberapa bahagian di barat daya hujung minggu lalu.




Katanya, sebahagian tempat di California kini berdepan suhu panas pada siang hari sekitar 38 hingga 49 darjah Celsius.

“Lebih membahayakan, suhu berkenaan kekal tinggi pada waktu malam dan menurut penyelidik, suhu gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik pada minggu lalu mungkin mustahil berlaku tanpa perubahan iklim.

“Ini kerana perubahan iklim secara asasnya meningkatkan purata sekitar satu darjah Celsius sejak 1900,” katanya.

Menurut saintis, gelombang haba dijangka memuncak lebih tinggi berbanding beberapa abad sebelum ini.

Gelombang panas melampau melanda hampir keseluruhan California, termasuk sebahagian Nevada, Arizona, Utah, Oregon dan Idaho.




Ketika ini, California berdepan cuaca panas terburuk dan Khamis lalu, agensi yang menguruskan grid elektrik negeri itu memohon supaya pelanggan mengurangkan penggunaan tenaga untuk mengelakkan terputus bekalan.

Gabenornya, Gavin Newsom, turut memohon penduduk mengurangkan penggunaan air ketika pihak berkuasa memperluaskan darurat kemarau di wilayah berkenaan. HM

Cuaca panas California cecah 54.4 darjah celsius


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah



Leave a Reply

Your email address will not be published.