Isteri cedera ditikam suami

Isteri cedera ditikam suami

KUCHING: Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dikatakan ditikam suaminya di sebuah rumah di Jalan Tabuan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.10 petang.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).



“Dalam kes ini, suspek telah dikenalpasti dan kemudiannya menyerah diri secara sukarela di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuching sekitar jam 2 petang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya suspek ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

“Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kejadian dan mengingatkan mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya.

Mangsa sehingga berita ini ditulis dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
UB



Isteri cedera ditikam suami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker