12 kali pindah wang, baru sedar ditipu

12 kali pindah wang, baru sedar ditipu

Dah pindahkan wang 12 kali, baru sedar kena tipu

Malang bagi seorang penyelia kilang apabila dia hanya menyedari ditipu oleh kegiatan pelaburan mata wang selepas 12 kali melakukan pemindahan wang berjumlah RM44,925.



Lelaki berusia 58 tahun itu dikatakan terjerat selepas melihat satu iklan yang dimuat naik menerusi Facebook pada 6 Julai lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa kemudiannya menghubungi nombor yang tertera pada iklan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, mangsa yang menyuarakan minat untuk melabur memilih pakej silver dengan modal RM350 dan dijanjikan pulangan lumayan berjumlah RM7,800 hanya dalam tempoh 24 jam.

“Kejadian bermula selepas mangsa menghubungi mereka menggunakan WhatsApp pada 6 Julai lalu selepas melihat iklan di Facebook.



“Dia menyatakan rasa minat untuk melabur dan memilih pakej itu dengan bayaran RM350 serta diberi pulangan sebanyak RM7,800 dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Kosmo hari ini.

Selepas itu, suspek meminta mangsa memindahkan wang melalui dua akaun secara dalam talian pada hari berkenaan.

“Mangsa membuat pemindahan wang menerusi dua akaun yang diberikan suspek. Dia membuat transaksi berjumlah RM44,925,” kata Wazir.

Bagaimanapun, mangsa mula curiga serta berasa tertipu sebelum berhenti membuat sebarang transaksi berikutnya walaupun suspek memintanya memindahkan wang lagi berjumlah RM17,000.



Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. FMT

12 kali pindah wang, baru sedar ditipu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker