Menteri Umno tak perlu malu dengan Muhyiddin
Menteri Umno tak perlu malu dengan Muhyiddin
Menteri Umno tak perlu malu dengan Muhyiddin, kata Shahrir
Pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya membuatkan menteri daripada parti itu berasa serba salah atau malu, kata Shahrir Samad.
Veteran Umno itu berkata, keputusan MKT Umno menarik balik sokongan itu mengimbau kepada peristiwa sama selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan Muhyiddin terus berada dalam Jemaah Menteri selepas menyatakan Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
“Pendirian MKT Umno tidak seharusnya membuat menteri Umno serba salah atau malu kepada Muhyiddin kerana selepas bercakap di Singapura supaya Abdullah Ahmad Badawi turun segera, Muhyiddin terus kekal berada dalam Jemaah Menteri pilihan Abdullah,” katanya di Facebook.
Bagaimanapun, beliau meminta menteri daripada Umno untuk bertanyakan kepada diri mereka sendiri sama ada wujud prinsip dan falsafah dalam ‘dada’ masing-masing.
“Rasa malu kepada parti? Itu kena tepuk dada, tanya selera. Kalau dalam dada ada prinsip dan falsafah, seleranya jelas. Ismail Sabri sudahpun dilantik sebagai TPM (Timbalan Perdana Menteri), kalau Muhyiddin turun pun, sudah ada timbalan yang boleh mengambil alih,” tambah beliau.
Shahrir berkata, kini sudah jelas Ismail Sabri boleh menjadi perdana menteri sementara dan membolehkan kerajaan sedia ada meneruskan pemerintahan tanpa ‘goyang’.
“Sekarang sudah jelas. Ismail Sabri boleh jadi PM sementara, kerajaan tidak goyang. Kembali balik juga kepada parti untuk dapat restu jadi PM sebetulnya.
“Tapi, kalau Ismail jadi PM sebetulnya, jangan lupa dapatkanlah sokongan Dewan Rakyat seperti Hussein Onn lakukan pada 27 Jan 1976 (12 hari selepas dilantik PM) dan juga seperti Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Dis 2003 (tiga hari selepas perlantikan),” katanya.
Terdahulu, Umno secara rasmi menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan mahu presiden Bersatu itu meletakkan jawatan.
Perkara itu diumumkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media seusai mesyuarat lebih empat jam MKT Umno, awal pagi tadi. FMT
Menteri Umno tak perlu malu dengan Muhyiddin
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU