Rela blacklist dari biar anak bini berlapar

Rela blacklist dari biar anak bini berlapar

Lebih rela ‘blacklist’ daripada biar anak, isteri berlapar, luah majikan M40

Seorang majikan daripada kumpulan M40 lebih berkata, beliau lebih rela disenarai hitamkan institusi kewangan kerana tidak mampu membayar pinjaman dan membayar bil daripada melihat keluarganya sengsara kerana kehabisan simpanan sendiri.

Mohd Fakhzan Rosli yang mengendalikan Scuba Club Langkawi berkata, beliau menghadapi tekanan kewangan sehingga terpaksa menggunakan simpanannya untuk membayar gaji pekerja, ditambah pula komitmen yang perlu dibayar susulan penularan Covid-19 sejak awal tahun lalu.

“Macam mana pun komitmen itu banyak lagi nak kena bayar, dapat panggilan minta bayar bil dan pinjaman, kalau tidak akan ‘blacklist’.

“Saya sekarang sampai tahap nak ‘blacklist’ pun biarlah, saya lebih rela ‘blacklist’ daripada tengok anak dan isteri berlapar,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, syarikatnya tidak mempunyai sebarang pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu yang menyebabkan industri pelancongan terjejas teruk.

“Saya menjalankan perusahaan industri pelancong, jadi waktu pandemik memang kami tidak boleh cari makan. Saya sekarang ini memang tiada pendapatan dan hanya bergantung kepada simpanan sendiri.

“Sebenarnya sejak PKP 2.0 lagi, saya guna simpanan sendiri untuk cuba bayar gaji pekerja sebab syarikat sudah tiada untung. Tetapi sampai PKP 3.0, saya tidak mampu lagi bertahan, maka terpaksa memberhentikan pekerja,” katanya sambil menambah subsidi gaji berjumlah RM600 yang diberikan kerajaan tidak mencukupi.

Sementara itu, pengamal undang-undang tidak terkecuali daripada terkesan akibat PKP kerana anak guam mereka meminta bayaran guaman ditangguhkan.

Seorang peguam yang enggan dikenali berkata, firma guamannya tiada pilihan kecuali memberi kelonggaran dan menanggung kos prosedur mahkamah terlebih dahulu bagi mengelakkan kehilangan anak guam.

“Suka atau tidak, saya terpaksa memberi kelonggaran. Kami terpaksa akur, kalau saya tarik balik kes mereka disebabkan tidak boleh bayar, risiko saya hilang klien itu tinggi, jadi terpaksa tanggung dulu kos sampai kewangan mereka stabil. Kita kena tanggung, tiada cara lain.

“Seperti kami golongan M40 yang susah nak dapat bantuan, bukan isi rumah sahaja kena tanggung, bil elektrik di pejabat pun kami kena bayar, gaji pekerja lagi. Kalau tidak boleh beroperasi, kenapa kami masih perlu membayar bil? Ini sangat membebankan.” FMT

Rela blacklist dari biar anak bini berlapar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker