MIC jadi ‘rider’, sediakan 100 kenderaan hantar pengundi

MIC jadi ‘rider’, sediakan 100 kenderaan hantar pengundi

JOHOR BAHRU: Sempena hari mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok, MIC Johor akan menyediakan 100 kenderaan untuk membawa pengundi, khususnya warga emas ke pusat mengundi.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, inisiatif itu bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi selain meningkatkan peluang kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat.



Langkah itu diambil berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima parti daripada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu dengan peratusan golongan warga emas keluar mengundi adalah rendah.

“Kami telah belajar daripada kesilapan sebelum ini apabila kami tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk golongan warga emas di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Jika tidak, saya berpandangan bahawa kita boleh menang di kawasan seperti Ijok dan Bukit Melawati, memandangkan kawasan ini ramai warga emas.

“Jadi untuk PRK ini, saya telah minta MIC Johor dan MIC Pulai khususnya menyediakan 100 kenderaan yang dilengkapi kerusi roda untuk membawa mereka yang memerlukan ke pusat mengundi dari rumah,” katanya selepas melawat Pusat Warisan India di Kuil Arulmigu Rajamariamman, di sini.



Mengenai sokongan kaum India terhadap calon PH dan Barisan Nasional (BN), Saravanan memberitahu, majoriti mereka menyatakan sokongan kepada Suhaizan yang juga bekas Speaker DUN Johor.

“Sokongan itu dapat dilihat berdasarkan ceramah yang kita anjurkan sepanjang tempoh berkempen, sambutan yang diterima amat positif.

“Walaupun sokongan yang diberikan bukanlah 100 peratus, saya cukup yakin majoritinya menyatakan sokongan terhadap calon daripada kerajaan perpaduan,” katanya. Utusan

MIC jadi ‘rider’, sediakan 100 kenderaan hantar pengundi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling



Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian



Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker